Pengasas program motivasi ditahan polis

Pengasas program motivasi ditahan polis

china
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengasas program motivasi yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini ditahan polis hari ini selepas memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Peguam mereka, Datuk M. Reza Hassan ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Katanya, kedua-dua mereka ditahan oleh polis IPD Shah Alam selepas memberikan keterangan di IPD Petaling Jaya.

“Mereka disiasat Seksyen 294 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim mengesahkan penahanan terbabit.

Terdahulu, pengasas bersama program terbabit bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap yang telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah kepada syarikat berkenaan.

Mereka dilaporkan berkata,  program yang ditawarkan kepada wanita untuk mendapatkan kebahagiaan, mencari ketenangan dan memulihkan trauma melalui ‘neuro linguistic programming’ (NLP). 

Menurutnya, modul dicipta untuk membimbing peserta melalui teknik pengurusan emosi yang berkesan. 

“Ada juga program yang membantu wanita sudah berkahwin dan mungkin menghadapi cabaran dalam hubungan suami isteri termasuk kekeliruan terhadap tubuh sendiri dan emosi,” katanya. 

Mengenai dakwaan urutan berunsurkan tantra, jelasnya, kaedah sebenar telah diadaptasi dari gabungan ‘pelvic floor massage’ dan juga urutan Thai. 

“Kaedah ini diolah agar bersesuaian dengan nilai tempatan dan tidak melibatkan ritual agama lain. 

“Ia juga modul pilihan dan peserta tidak diwajibkan untuk mengikutinya,” katanya

Sebelum ini,  masyarakat dikejutkan dengan pendedahan seorang pengguna media sosial mengenai program tersebut yang diusahakan pasangan suami isteri. 

Dalam hantaran terbaharu di laman Facebook tersebut, pengguna akaun berkenaan turut mendakwa dua wanita telah melakukan tarian bogel dalam program yang berlangsung di sebuah pusat konvensyen di Shah Alam, Selangor. 

Peserta program didakwa diberi sejenis air yang tidak diketahui kandungan sehingga mampu berubah mood dalam waktu singkat. 

Selain itu, dakwanya peserta disuruh melakukan upacara mandi suci dan lahir semula yang berbentuk ritual keagamaan lain. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN