MELAKA: Kritikan terbuka dibuat Datuk Seri Rafizi Ramli terhadap pemimpin dalam dan luar parti sepanjang kempen Pemilihan PKR bukanlah merupakan tindakan yang bijaksana. Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin berkata, pendekatan yang digunakan Timbalan Presiden PKR itu juga tidak membawa keadaan kondusif kepada parti malah sebaliknya boleh menjejakan persepsi anggota dan rakyat terhadap parti itu. Beliau yang juga Ketua Cabang Hang Tuah Jaya berkata, ini…











