Kehadiran merpati boleh bawa penyakit di Liman Kati

Kehadiran merpati boleh bawa penyakit di Liman Kati

SAIFUL Azli Mohamed Nor menunjukkan merpati yang ditangkap dalam operasi di Liman Kati, Kuala Kangsar, Perak. – UTUSAN/FADZIL ZAINOL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Tular dakwaan berlaku jangkitan pe­nyakit bawaan burung merpati dalam kalangan penduduk di Liman Kati di sini, berikutan ratusan unggas itu berkeliaran di kampung tersebut termasuk kawasan perumahan dan pasar.

Kerisauan itu berasas memandangkan merpati boleh mendatangkan masalah kesihatan kerana najisnya mengan­dungi parasit dan bakteria berbahaya kepada manusia.

Penduduk, Azizi Zainon, 61, berkata, selain isu keselesaan masyarakat juga terkesan de­ngan kehadiran burung itu ke­rana ia meninggalkan najis pada harta benda.

“Kami berasa sangat tidak selesa. Terpaksa cuci najisnya hari-hari. Ada yang simpati de­ngan memberi makanan, namun tindakan ini menyebabkan burung merayau di sini.

“Saya tidak pasti jika ada yang sakit disebabkan keha­diran burung ini. Tapi daripada bacaan kami, salah satu sebab penyakit yang serius adalah daripada merpati. Memang kita risau,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Setiausaha Perbandaran Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), Saiful Azli Mohamed Nor berkata, pihaknya sentiasa memantau perkara itu terutama kacau ganggu kepada penduduk, selain kerisauan terhadap kesihatan.

Katanya, untuk Mei sahaja, lebih 100 ekor merpati ditangkap berdasarkan operasi rutin serta aduan orang ramai.

Katanya, mereka yang memberi makanan kepada spesies itu boleh dikompaun kerana mendatangkan kekotoran di tempat awam.

“Kita nasihatkan orang ramai supaya elak memberi haiwan liar makanan. Kerana itu punca kehadiran haiwan ini dan membiak. Sama ada kucing, anjing, burung atau monyet. Haiwan datang dan membiak hanya kerana ada makanan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN