Kanak-kanak maut tertinggal dalam van sekolah

Kanak-kanak maut tertinggal dalam van sekolah

M. KUMARASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia dipercayai lemas akibat tertinggal dalam van sekolah lebih empat jam, semalam.

Susulan itu, polis menahan pemandu van sekolah berkenaan bagi membantu siasatan kes tersebut.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, lelaki berusia 56 tahun itu ditahan di Taman Bukit Indah, di sini pada pukul 2.40 petang.

“Suspek kini ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) selama tujuh hari bermula hari ini,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Kumarasan memberitahu, kanak-kanak tadika itu ditemukan tidak sedarkan diri dalam van sekolah tersebut kira-kira pukul 12 tengah hari.

“Mangsa dipercayai tertinggal di dalam van sekolah itu ketika pemandu van menurunkan murid di hadapan sekolah kira-kira pukul 7.30 pagi,” katanya sambil memberitahu mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk proses bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, iaitu pengabaian dengan bertindak secara cuai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya