Fasa kedua gencatan Gaza mula Januari 2026

Fasa kedua gencatan Gaza mula Januari 2026

KANAK-KANAK Palestin bermain di kem penempatan di Nuseirat, tengah Gaza. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Fasa kedua pelan gencatan senjata di Gaza yang dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijangka bermula pada awal Januari, menurut laporan stesen televisyen Israel, Channel 13, semalam.

Saluran berbahasa Hebrew itu melaporkan, Utusan Khas AS ke Asia Barat, Steve Witkoff sudah memaklumkan Israel dan para perantara mengenai permulaan fasa kedua perjanjian tersebut.

Menurut laporan itu, Israel bimbang Trump mungkin mendesak pelaksanaan fasa kedua tanpa proses pelucutan senjata di Gaza yang menimbulkan ketegangan antara pihak-pihak terbabit.

Perjanjian gencatan senjata dua fasa antara Israel dan Hamas dicapai pada 9 Oktober lalu melalui rundingan yang dimediasi Mesir, Qatar dan Turkiye dengan penajaan AS.

Namun, Israel didakwa melanggar perjanjian ratusan kali dan gagal melaksanakan sepenuhnya tanggungjawab kemanusiaan serta kemasukan bantuan, walaupun Hamas mematuhi semua syarat, mengakibatkan lebih 400 kematian di Gaza.

Israel juga menunda peralihan ke fasa kedua dengan alasan masih menahan mayat seorang tenteranya di Gaza.

Faksi Palestin pula menegaskan mereka terus mencari mayat tersebut di tengah-tengah kemusnahan besar akibat serangan Israel.

Kejayaan fasa kedua bergantung kepada kepatuhan kedua-dua pihak dan penyaluran bantuan kemanusiaan menyeluruh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN