Jangan samakan kami dengan 'kedai runcit' - GP Swasta

Jangan samakan kami dengan ‘kedai runcit’ – GP Swasta

Seramai 10 wakil pengamal perubatan MMA diketuai Datuk Dr. R Thirunavukarasu menyerahkan memorandum kepada wakil Pejabat Perdana Menteri (PMO) bagi membantah pelaksanaan peraturan yang mewajibkan klinik swasta dan farmasi mempamerkan harga ubat-ubatan.-UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pengamal perubatan am (GP) swasta menolak penggunaan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723) terhadap profesion perubatan kerana ia dianggap seperti menyamakan sektor perubatan seperti ‘kedai runcit’.

Itu suara lebih 200 GP yang berhimpun di hadapan Bangunan Perdana Putra, pagi ini bagi memohon kerajaan menyemak semula penggunaan Akta 723 dalam profession perubatan negara.

Jurucakap kumpulan yang juga bakal Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Datuk Dr R Thirunavukarasu ketika ditemui berkata, ia bukan sahaja suara 500 GP yang hadir hari ini sebaliknya 12,000 klinik swasta di seluruh negara.

Beliau berkata, pihaknya tidak bersetuju akta itu digunakan dan sudah memadai dengan penguatkuasaan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) sedia ada.

“Kita (GP) menawarkan perkhidmatan perubatan dan profesional kepada orang awam malah, untuk membuka sebuah klinik swasta ia memerlukan pengalaman serta kepakaran lebih 10 tahun.

“Kalau nak buka klinik, anda kena ada A-Levels atau pendidikan tertinggi serta lima tahun dalam kolej perubatan sebelum berkhidmat selama beberapa tahun sebagai doktor perubatan.

“Lepas itu, baru boleh buka klinik. Kalau sekarang, siapa-siapa boleh pun buka kedai runcit. Jadi, tak boleh lah samakan profesion doktor dengan penjual barang runcit,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyerahkan memorandum kepada Pejabat Perdana Menteri, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian susulan tindakan kerajaan menguatkuasakan Akta 723 yang mewajibkan premis perubatan am memaparkan harga ubat mulai 1 Mei lalu.

Difahamkan, memorandum itu diserahkan Dr Thirunavukarasu kepada Setiausaha Sulit Kanan Kepada Perdana Menteri, Aznur Hafeez Kaswuri dan Pengarah Bahagian Pengurusan Pejabat Perdpana Menteri, Mohd Khalil Zaiyany Sumiran.

Pada masa sama, Dr Thirunavukarasu menjelaskan pihaknya serta GP swasta tidak menolak saranan kerajaan untuk memaparkan harga ubat malah, menyokong ketelusan itu.

“Kita memang sokong ketelusan dari segi sektor kesihatan yang sudah ada dalam Akta 586 tetapi kita rasa terkilan sebab samakan perkhidmatan profesional dengan jual barang (di kedai runcit),” katanya.

Terdahulu, lebih 200 kumpulan doktor dan pengamal perubatan itu mula berhimpun sekitar pukul 9.30 pagi sebelum bersurai secara berperingkat mulai pukul 11.30 pagi.

Mereka mulai bersurai sebaik sahaja 10 daripada wakil selesai bertemu dan menyerahkan memorandum berkaitan perkara itu kepada wakil Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Bangunan Perdana Putra di sini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya