Guna tablet digital periksa jemaah haji

Guna tablet digital periksa jemaah haji

DR. ABDULLAH HUSAM (dua dari kanan) ketika program Ziarah Rahmah di Abraj Al Janadriyah, Mekah baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH:  Penggunaan tablet digital buat julung kali oleh Pasukan Unit Kesihatan Awam Tabung Haji (TH) menjadikan proses lawatan kesihatan bilik ke bilik jemaah haji di setiap maktab menjadi lebih pantas dan teratur.

Penyelaras Operasi Unit Kesihatan Awam TH, Dr. Abdullah Husam A Shukor berkata, penggunaan teknologi tersebut yang diperkenalkan buat pertama kali pada musim haji tahun ini.

“Ia membolehkan pelaksanaan program lawatan kesihatan dari bilik ke bilik dijalankan dengan lebih cepat, teratur dan menyeluruh.

“Tahun ini, TH telah membekalkan petugas dengan tablet digital lengkap dengan kad SIM dan capaian internet,” katanya ketika ditemui pada program Ziarah Rahmah di Abraj Al Janadriyah di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, pihak petugas kesihatan kini boleh terus mengakses maklumat perubatan para jemaah termasuk mengakses sistem i-Sihat dengan sistem MyVAS secara online.

“Pelaksanaan ini merupakan satu perubahan ketara berbanding kaedah manual yang menggunakan buku rekod yang diamalkan sebelum ini.

“Sejarah kesihatan jemaah termasuk status penyakit, jenis ubat yang diambil serta keperluan rawatan lanjut boleh disemak oleh petugas dengan lebih cepat dan tepat,” jelasnya.

Beliau berkata, selain itu, pihak petugas kesihatan boleh mengetahui dengan segera status kesihatan jemaah.

“Kelebihannya ialah kita boleh mengetahui para jemaah ini sama ada dalam kategori hijau (sihat), kuning (berisiko) atau merah (penyakit kronik). Ini membantu dalam penetapan keutamaan ziarah serta tindakan intervensi awal,” katanya.

Beliau turut menasihatkan jemaah agar minum sekurang-kurangnya dua liter air setiap hari selain tidak terdedah kepada cuaca panas terik terutamanya antara tengah hari hingga asar.

“Mereka dinasihatkan memakai topi, payung dan pelitup muka di kawasan sesak termasuk di Masjidil Haram,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN