Dua pemuda lumba haram ditahan polis

Dua pemuda lumba haram ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Padah menunggang motosikal secara melulu dan disyaki terlibat dalam kegiatan lumba haram, dua lelaki berusia 18 TAHUN dan 20 tahun ditahan polis di Jalan Telaga Simpul, Chukai, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan kira-kira pukul 5 petang selepas polis melakukan operasi samseng jalanan di lokasi tersebut.

Ia susulan video berdurasi 11 saat yang memaparkan sekumpulan penunggang motosikal sedang berlumba dan menunggang motosikal secara melulu, tular dalam laman sosial sejak pagi Jumaat. 

“Kedua-dua lelaki ini ditahan reman sehingga hari ini dan menerusi operasi itu kita telah mengeluarkan 61 saman atas pelbagai kesalahan terhadap pengguna jalan raya dan lima buah motosikal turut disita. 

“Hasil siasatan awal mendapati, kegiatan lumba haram di kawasan itu telah bermula sejak tiga minggu lalu dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya