PETALING JAYA: “Lain kali jangan sibuk. Jangan jadi yang paling tahu hal orang lain. Simpan sahaja ‘lato-lato’ dalam peti mayat. Sembang tin kosong.”
Demikian kata pelakon, Shakilla Khoriri yang memberi amaran kepada individu yang melemparkan tuduhan terhadapnya.
Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Shakilla turut meluahkan hasratnya untuk bersemuka dengan individu yang mendakwa dirinya sebagai penyondol.
Namun, pelakon itu memberitahu individu terbabit telah menyekatnya di media sosial selepas dirinya ajak berjumpa dan berbincang secara baik
“Kita hantar dia pesanan terus atau Direct Message (DM) baik-baik, disekatnya kita. Saya tidak suka berbalas komen dengan manusia serba tahu jadi saya DM, lebih sopan.
“Kalau nak menulis yang paling serba tahu pastikan kena berani dan yakin dengan apa yang ditulis. Untung tak kena maki depan netizen yang budiman,” katanya.
Shakilla mengeluarkan kenyataan sedemikian selepas seorang individu mendakwa aktres itu pernah menjadi penyondol kepada rakannya.
“Tak silap Shakilla ini perampas suami kawan saya. Bila dia kena kecam teruk hari itu, dia diam saja.
“Ini dia kecam balik bekas laki dia padahal dia lah penyondol konon suci berdikari itu,” tulisnya.