Bayi tujuh bulan maut dipercayai tercekik makanan dan susu

Bayi tujuh bulan maut dipercayai tercekik makanan dan susu

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan kematian seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan dipercayai akibat tercekik makanan dan susu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Syahrul Anuar Abdul Wahab, punca kematian bayi terbabit diperoleh hasil bedah siasatan yang dijalankan.

“Ia disebabkan tercekik makanan dan susu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah JKM, Datuk Che Murad Sayang Ramjan ketika dihubungi berkata, taska tersebut didapati berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM).

Katanya, taska berkenaan sudah memperbaharui pendaftaran dengan JKM Kuala Lumpur pada 24 Januari lalu hingga 23 Januari 2030.

“Kapasiti kanak-kanak di taska berkenaan adalah seramai 51 orang dan ketika siasatan untuk pendaftaran, jumlah kanak-kanak di premis berkenaan adalah 36 orang.

“Setakat ini taska berkenaan masih beroperasi dan JKM akan menjalankan siasatan secara telus membabitkan kejadian itu,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, Muammar Adli ditemukan tidak sedarkan diri di sebuah taska di Taman Danau Kota dekat sini kelmarin sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 11.08 pagi.

Media hari ini melaporkan, Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata, kejadian dipercayai berlaku antara 9 pagi hingga 11 pagi.

“Polis menerima laporan berhubung kejadian daripada bapa mangsa di Balai Polis Setapak pada 1.26 tengah hari, hari sama dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN