Baki tiga projek sakit PR1MA disiapkan akhir tahun ini

Baki tiga projek sakit PR1MA disiapkan akhir tahun ini

NGA Kor Ming melawat sekitar rumah setibanya di Majlis Penyerahan Kunci Residensi Bandar Ekar, Rantau, Seremban hari ini. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Baki tiga projek di bawah Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang dikategorikan sebagai ‘projek sakit’ mampu disiapkan menjelang akhir tahun ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, tiga projek berkenaan ialah Residensi Klebang 2 dan Residensi Bukit Katil yang masing-masing di Melaka dan Residensi Simpang Empat 2, Kedah.

“Sehingga April lalu, PR1MA telah berjaya menyiapkan 31 projek sakit dan hanya berbaki tiga lagi projek akan disiapkan menjelang akhir tahun ini dengan sokongan penuh daripada kementerian dan agensi-agensi berkaitan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Kunci Residensi Bandar Ekar Rantau di sini, hari ini.

Residensi Bandar Ekar terdiri daripada 766 unit kediaman teres satu setengah dan dua tingkat dengan 752 unit daripadanya telah terjual.

Kor Ming berkata, kejayaan pembinaan projek Residensi Bandar Ekar yang dapat disiapkan selepas lima tahun menjadi asas yang kukuh dalam mempertingkatkan keupayaan PR1MA dalam memperkasa pemilikan kediaman dalam kalangan rakyat di negara ini.

“Kini para pembeli akhirnya menerima kunci rumah impian mereka dan bakal memulakan lembaran baharu dalam kediaman sendiri,” katanya.

Katanya, melihat potensi kawasan itu serta permintaan yang tinggi terhadap kediaman mampu milik, PR1MA kini berada dalam peringkat perancangan untuk melancarkan Fasa 2 bagi Residensi Bandar Ekar.

“Bagi tujuan pelaksanaan tersebut, ia masih di peringkat proses penilaian tender,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN