Angin kencang New Zealand: Rakyat Malaysia diminta berwaspada

Angin kencang New Zealand: Rakyat Malaysia diminta berwaspada

Wisma Putra
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia yang berada di New Zealand diingatkan untuk berhati-hati dengan keadaan cuaca ekoran negara tersebut dilanda angin kencang yang sangat kuat.

Wisma Putra mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan cedera akibat cuaca buruk tersebut terutama di kawasan Wellington dan Canterbury.

“Rakyat Malaysia di New Zealand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mendapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa tempatan serta mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu.

“Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington juga berhubung dengan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia di kawasan terjejas,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Wisma Putra berkata, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington di 10 Washington Avenue, Brooklyn, PO Box 9422, Wellington.

“Atau melalui telefon di talian +64-4-3852439 / +64-210440188 (untuk kecemasan) atau e-mel di [email protected],” katanya.

Pada 1 Mei lalu, Wellington dilanda angin kencang paling kuat dalam tempoh lebih sedekad, yang menyebabkan penutupan sekolah, pejabat dan pembatalan penerbangan.

Setakat ini dilaporkan bahawa bandar Christchurch dan daerah Selwyn masih berada dalam keadaan darurat berikutan banjir berterusan dan penutupan jalan.

Lapangan Terbang Antarabangsa Wellington pula sudah dibuka semula, namun beberapa penerbangan masih terganggu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya