Ada keperluan tingkat lokasi LIMA - Anwar

Ada keperluan tingkat lokasi LIMA – Anwar

ANWAR Ibrahim bersalaman dengan orang ramai yang hadir ke majlis perasmian Pejabat PKR Cabang Langkawi di Maha City, Kuah di Langkawi. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di Padang Matsirat perlu diperbesarkan bagi menampung lebih banyak penyertaan syarikat antarabangsa untuk Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketika ini kawasan pameran tersebut semakin sesak dan tidak dapat memenuhi lebih banyak penyertaan.

“Saya ditaklimatkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebentar tadi supaya diperluaskan kawasan itu supaya berupaya menerima lebih banyak syarikat-syarikat peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Pejabat PKR Cabang Langkawi, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata pembesaran kawasan pameran tersebut akan turut merangkumi Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA).

Ujar Anwar, tiada jangka masa diperuntukkan untuk perkara itu, namun diharap pihak yang berkaitan termasuk Kementerian Kewangan mengemukakan laporan berkaitan dalam tempoh dua minggu.

“Sekarang ini baguslah, sambutannya baik, tapi tadi ketika diberikan taklimat ada beberapa negara yang ingin menyertai tak boleh kita sambut,” katanya.

Terdahulu semasa berucap pada majlis itu, Anwar yakin Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang juga Pengerusi Bersama Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) berupaya untuk merencanakan perancangan itu.

“Jadi beliau akan kemukakan pandangan untuk melihat keperluan membesarkan infrastruktur supaya LIMA akan menjadi lebih gagah kerana kalau tidak ada beberapa pesawat baru yang tak boleh dibawa kerana tempat sudah sesak.

“Saya ingat beliau lebih mampu untuk membantu membawa perubahan supaya LIMA akan datang Ini akan jauh lebih gagah dan lebih hebat sebagai pameran udara dan maritim yang terkenal di rantau ini,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, isu berkaitan perkhidmatan feri ke Langkawi akan dibawa ke Kabinet untuk dibincangkan bagi meningkatkan prasarana itu agar seiring dengan perkembangan Langkawi sebagai destinasi percutian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN