35 premis sekitar Selangor digempur banteras ketirisan LPG 

35 premis sekitar Selangor digempur banteras ketirisan LPG 

KPDN melaksanakan operasi Gerakan Membanteras Manipulasi dan Ketirisan (KITA GEMPUR).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 35 premis perniagaan di sekitar Selangor digempur Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor dalam Ops Gasak 2025 yang dijalankan bermula Khamis lalu.

Operasi yang dilaksanakan secara serentak itu melibatkan semua pejabat KPDN cawangan di Shah Alam, Petaling Jaya, Gombak, Kajang, Sepang, Kuala Kubu Bharu dan Kuala Selangor.

Pengarah KPDN Selangor, Mohd. Zuhairi Mat Radey berkata, operasi memberi tumpuan kepada premis seperti syarikat penternak ayam, pembekal gas memasak, perniagaan dobi dan restoran makanan.

Katanya, hasil serbuan berjaya menghasilkan empat kes di bawah Peraturan 18(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) 1974, iaitu memiliki barang kawalan berjadual bersubsidi iaitu gas memasak yang digunakan bagi perniagaan tanpa kebenaran Pengawal Bekalan.

“Tindakan sitaan telah dibuat terhadap kes berkenaan melibatkan nilai rampasan dianggarkan RM8,000 membabitkan hampir 90 unit tong gas petroleum cecair (LPG).

“Siasatan dijalankan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, manakala tindakan turut berpotensi diperluaskan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurutnya, operasi tersebut dilaksanakan susulan pelancaran Ops Gasak 2025 (Gas Memasak) oleh Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd.  Ali pada 18 April lalu sebagai sebahagian pelaksanaan Gerakan Membanteras Manipulasi dan Ketirisan (KITA GEMPUR).

“Bagi tempoh Januari hingga 3 Mei 2025, KPDN Selangor telah mencatatkan 35 kes melibatkan komoditi gas memasak LPG dengan nilai rampasan mencecah RM680,000.

“KPDN Selangor akan terus memperkukuh peranan penguatkuasaan melalui pendekatan bersasar, berasaskan data serta berorientasikan pendidikan pengguna dan peniaga,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya