Wanita hamil dua bulan maut kemalangan

Wanita hamil dua bulan maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang wanita yang hamil dua bulan maut selepas motosikal dibonceng bersama suaminya dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di kawasan lampu isyarat di Pasir Tumboh, di sini, malam tadi

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.45 malam itu, Siti Nur Ain Ismail, 23, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala suaminya, Syakirin Faizul, 25, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 dihantar ke ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, di sini kerana tidak sedarkan diri.

Ibu kepada Nur Ain, Rohani Awang Noor, 61, berkata, anak dan menantunya itu sedang dalam perjalanan ke rumah ibu mentuanya di Pasir Tumboh di sini, kira-kira pukul 11.30 malam.

Katanya, arwah Nur Ain yang merupakan anak bongsu daripada lapan beradik datang ke rumahnya sebaik sahaja pulang dari bekerja di sebuah pasar raya kira-kira pukul 5.30 petang semalam.

“Semasa berada di rumah, arwah ada memaklumkan kepada saya bahawa dia sudah mengisi borang berhenti bekerja, namun masih bertugas sementara menunggu pekerja baharu masuk menggantikannya.

“Kami juga berbual-bual dan dia tidak sabar untuk membuat pemeriksaan kandungan kali pertama di klinik kesihatan hari ini selepas dua bulan hamil. Arwah sebelum ini pernah mengandung, namun mengalami keguguran ketika usia kandungannya mencecah lima bulan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Wakaf Stan, Kubang Kerian di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN