Wanita, anak saudara dipercayai telah meninggal dunia lebih tujuh hari

Wanita, anak saudara dipercayai telah meninggal dunia lebih tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang wanita dan anak saudaranya yang ditemukan meninggal dunia disyaki dibunuh dalam rumah mereka di Semenyih dekat sini kelmarin berkemungkinan telah meninggal dunia lebih tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan mendapati jangka masa sebenar mayat wanita berusia 53 tahun dan anak saudaranya berusia 25 tahun itu tidak dapat ditentukan dengan tepat melalui pendapat pakar.

Bagaimanapun, katanya, ulat dihantar ke Jabatan Kimia untuk analisis jangka hayat mayat kemungkinan lebih dari tujuh hari.

“Mayat kedua-dua mangsa belum diserahkan kepada keluarga. Setakat ini lima orang saksi telah dirakam percakapan iaitu jiran dan ahli keluarga mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurutnya, beberapa lagi orang saksi telah dipanggil dan akan hadir beri keterangan esok bagi membantu siasatan.

“Setakat ini tiada tangkapan dibuat berhubung kes tersebut,” katanya. 

Media semalam melaporkan dua saudara maut selepas disyaki dibunuh dalam rumah mereka di Semenyih dekat sini, semalam.

Mayat wanita berusia 53 tahun dan anak saudara lelakinya berusia 25 tahun ditemukan pihak berkuasa selepas menerima laporan daripada ahli keluarga mereka pada 8.43 malam.

Naazron dilaporkan berkata, laporan dibuat lelaki berusia 48 tahun yang juga adik kepada mangsa wanita selepas menghidu bau busuk dari rumah berkenaan dan pengadu mendakwa kedua-dua mangsa tidak dilihat sejak kira-kira 10 hari lalu.

Beliau dilaporkan berkata, bertindak atas laporan, dengan bantuan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bertindak memecah masuk rumah terbabit sebelum menemui dua mangsa terbaring di lantai ruang tamu.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia. Namun tiada sebarang kecederaan ditemui pada tubuh dua mangsa.

“Pemeriksaan dalam rumah tidak menemui sebarang kesan (pecah masuk) atau barang digeledah malah rumah mangsa juga dalam keadaan berkunci dari dalam dan beberapa barangan turut dirampas di lokasi kejadian,” katanya.

Menurut Naazron, bedah siasat ke atas dua mayat mangsa oleh Jabatan Forensik Hospital Serdang mengesahkan punca kematian disebabkan ‘suffocation’ (kelemasan).

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya