Bekalan minyak, LNG dalam negara mencukupi - PM 

Bekalan minyak, LNG dalam negara mencukupi – PM 

ANWAR Ibrahim berucap pada Dialog Kuala Lumpur-Ankara di Grand Hyatt di sini hari ini. UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekalan minyak Malaysia mencukupi untuk memenuhi keperluan tempatan sehingga beberapa bulan ini selepas kapal milik Malaysia melepasi Selat Hormuz semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) mempunyai rangkaian hubungan yang kukuh dengan negara pengeluar minyak lain dan ia memastikan bekalan bahan api Malaysia mencukupi.

Kata beliau, bekalan minyak yang mencukupi walaupun Asia Barat sedang dilanda perang, menunjukkan reputasi Petronas sebagai syarikat minyak negara.

“Walaupun Malaysia adalah negara pengeluar minyak, kita juga merupakan pengimport bersih kerana produk kita adalah berkualiti premium. Namun, bekalan kita mencukupi untuk beberapa bulan akan datang.

“Pujian harus diberikan kepada Petronas atas prestasi cemerlang dan hubungan baik dengan negara-negara pengeluar minyak, kerana itu kita tidak berdepan krisis bekalan. Mungkin terdapat sedikit turun naik harga tetapi dalam beberapa bulan akan datang bekalan agak terjamin,” katanya dalam ucapan dasar pada Dialog Kuala Lumpur-Ankara 2026 di sini hari ini.

Semalam, Kedutaan Iran di Malaysia memaklumkan bahawa kapal pertama milik negara sudah melepasi Selat Hormuz.

Ia selepas Presiden Iran, Masoud Pezeshkian membenarkan Malaysia mendapatkan pelepasan bagi tujuh kapal yang terkandas di Selat Hormuz, meneruskan pelayaran.

Dalam pada itu, Anwar turut memberi jaminan bahawa Malaysia mempunyai bekalan gas asli cecair (LNG) yang mencukupi disebabkan pengeluaran besar bahan api itu oleh negara, selain import dari Australia yang sudah lama terjalin dan kejayaan perolehan di Kanada. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN