Sultan Mizan kurnia darjah kebesaran kepada 130 individu 

Sultan Mizan kurnia darjah kebesaran kepada 130 individu 

SULTAN Mizan Zainal Abidin (kanan) berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z) Yang Amat Terpilih membawa gelaran Datuk Seri kepada Shamsul Azri Abu Bakar pada Istiadat Penghadapan, Pengurniaan Gelaran dan Bintang-bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darul Iman sempena Sambutan Ulang Tahun ke-63 Hari Keputeraan Sultan Terengganu di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mendahului senarai 130 penerima Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darul Iman sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-63 Hari Keputeraan Sultan Terengganu di Istana Syarqiyyah di sini, hari ini.

Beliau dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z) Yang Amat Terpilih yang membawa gelaran Datuk Seri.

Dua lagi penerima darjah kebesaran S.S.M.Z ialah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Pengerusi Eksekutif Melati Ehsan Holdings Berhad, Tan Sri Yap Suan Chee.

Ia diikuti pengurniaan Darjah Kebesaran Datuk Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (D.S.M.Z) Yang Amat Terpilih yang membawa gelaran Datuk kepada Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Norman Muhammad dan konsultan perhotelan serta pelancongan sukan, Abdul Rahman Zabidin.

Turut dianugerahkan D.S.M.Z ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tuanku Nur Zahirah, Toh Puan Seri Nur Rahmah Mohd Zin; Penaung Persatuan Amal dan Kebajikan Bencana Malaysia, Datuk Wira Shaikh Abdul Halim Shaikh Salah Marie Alkathiri dan Pengerusi Eksekutif Medan Mutiara Sdn. Bhd., Datuk Mazli Mohan Alias.

Selain itu, baginda berkenan mengurniakan kepada 23 individu Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T) Yang Amat Dihormati yang turut membawa gelaran Datuk.

Tiga daripada 23 penerima D.P.M.T ialah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu iaitu Dr. Azman Ibrahim, Ariffin Deraman dan  Hanafiah Mat.

Antara penerima darjah kebesaran D.P.M.T yang lain ialah Ketua Hakim Syarie Terengganu, Rosdi Harun; bekas Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jelani Sulong; Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Incorporated Sdn. Bhd., Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, Prof Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan.

Sultan Mizan turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (SMZ) Yang Amat Terpilih kepada 23 penerima, Setia Mahkota Terengganu (SMT) Yang Amat Dihormati (13 penerima), Ahli Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (AMZ) Yang Amat Terpilih (21 penerima) dan Ahli Mahkota Terengganu (AMT) Yang Amat Dihormati (42 penerima). – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya