PETALING JAYA: Isu kebanjiran etnik Rohingya di rantau ASEAN tidak menemui titik penyelesaian selagi tiada kesepakatan dalam kalangan negara anggota berhubung penyelesaian aman bagi menamatkan konflik Myanmar. Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, cabaran terbesar yang dihadapi Malaysia dan ASEAN ialah kegagalan mendapatkan konsensus dalam kalangan negara anggota berhubung kaedah pelaksanaan Konsensus Lima Perkara (5PC). Katanya, 5PC diwujudkan sebagai pendekatan diplomasi yang mengutamakan dialog berbanding tekanan langsung terhadap…










