Sikap degil penternak biar lembu berkeliaran punca kemalangan

Sikap degil penternak biar lembu bebas berkeliaran punca kemalangan

LEMBU yang melintas jalan menyebabkan pengguna memberhentikan kenderaan di Jalan Gua Musang-Jeli dekat Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Meranto, Gua Musang, Kelantan. – MINGGUAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Sampai bila? Itu persoalan berhubung sikap degil sebahagian penternak lembu di Jalan Gua Musang-Jeli di sini yang melepaskan ternakan mereka berkeliaran sehingga menjadi antara menjadi punca kemalangan.

Seorang pengguna jalan raya, Mohamad Alamin Muhaimin, 38, berkata, dia kecewa dengan tindakan pemilik itu walaupun pihak berkuasa tempatan (PBT) telah melaksanakan operasi menangkap haiwan liar berkenaan.

“Masalah ini sudah menjadi ‘barah’ buat kami yang merupakan pengguna tegar jalan ini. Biasanya saya mengelak menggunakan jalan ini kerana laluan gelap selain bimbang dengan lembu berkeliaran,” katanya ketika ditemui di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Meranto di sini, semalam.

Seorang lagi pengguna jalan, Mohd. Hilmi Mohd. Rasyid, 45, berkata, laluan yang menjadi nadi utama untuk ke Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai turut menjadi pilihan kenderaan berat seperti lori, treler dan lori balak.

“Saya sendiri nyaris terlibat dengan kemalangan akibat sikap ambil mudah pemilik yang melepaskan lembu ini secara bebas tanpa kawalan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden  Sik Choon Foo berkata, pihaknya merekodkan 50 kes kemalangan melanggar haiwan di beberapa laluan utama di daerah ini dalam tempoh tiga bulan pertama awal tahun ini.

Katanya, daripada jumlah itu sebanyak 49 kes melibatkan kerosakan kenderaan dan satu kematian. 

“Sebanyak 43 kes kemalangan membabitkan haiwan ternakan lembu dan jumlah kes lain melibatkan haiwan seperti anjing, babi, tapir, dan kuda. 

“Kejadian kemalangan yang kerap berlaku membabitkan laluan utama iaitu di Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Jalan Gua Musang-Jeli, Jalan Gua Musang-Lojing, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis dan Jalan Gua Musang-Aring,” katanya.-MINGGUAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN