Remaja jatuh sungai ketika memukat dijumpai lemas

Remaja jatuh sungai ketika memukat dijumpai lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU KAWAN : Seorang remaja lelaki yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas terjatuh di muara berhampiran Jalan Batu Kawan menghala Jeti Batu Musang, di sini petang semalam dijumpai meninggal dunia pagi tadi.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai G. Yagesh, 15, itu ditemukan terapung pada pukul 5.45 pagi iaitu kira-kira 10 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohamad Shoki Hamzah berkata, terdahulu, operasi mencari dan menyelamat itu dibantu oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Butterworth sebaik sahaja mereka menerima laporan berhubung kehilangan mangsa, petang semalam.

“Operasi dibahagikan kepada enam sektor pencarian dengan menggunakan dua unit bot fiber. Namun, operasi tersebut dihentikan pada pukul 6.10 petang disebabkan arus deras dan jarak penglihatan yang terhad.

“Mayat mangsa kemudian diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Semalam, seorang remaja dikhuatiri lemas ketika sedang memukat bersama abang dan sepupunya di kawasan terbabit.

Mangsa sebelum itu dikatakan telah menyelam ke dasar untuk meleraikan pukat yang tersangkut, namun, tidak timbul-timbul sehingga menyebabkan abangnya terpaksa menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya