PRK buktikan pemimpin politik boleh duduk semeja

PRK buktikan pemimpin politik boleh duduk semeja

Tarif Selangor
AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Pilihan Raya Kecil (PRK Ayer Kuning) menjadi contoh majoriti pemimpin politik boleh duduk semeja dalam suasana harmoni demi kestabilan politik negara.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pada PRK tersebut, ini dapat dilihat apabila pemimpin parti dalam Kerajaan Perpaduan bersama-sama berkempen dan menghadiri Majlis Makan Malam Perpaduan Perak sempena PRK tersebut.

Antara yang hadir, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing dan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

“PRK DUN Ayer Kuning menjadi contoh majoriti pimpinan politik dalam negara kita boleh duduk dalam satu meja sama-sama berganding tangan untuk menuju Malaysia yang lebih stabil, aman dan bersedia maju ke depan.

“Ini bukan masalah personal (peribadi) tetapi negara kita sedang dalam proses pemulihan yang memerlukan kerajaan lebih kuat dan stabil,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Sementara itu, Amirudin menyeru pengundi memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN), Dr. Mohamad Yusri Bakir.

“Sokongan dan kemenangan kepada calon BN dari parti kerajaan ini bagi memastikan kestabilan kerajaan Negeri dan Pusat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya