Pasangan kembar ceria mendaftar di UiTM Kedah

Pasangan kembar ceria mendaftar di UiTM Kedah

NUR Damia Aisya Syamiera Zabidi (kiri) dan Nur Damia Alia Syafieka Zabidi (kanan) bergambar dengan dua rakan yang turut mendaftar di kampus UiTM Cawangan Kedah di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pasangan kembar , Nur Damia Aisya Syamiera Zabidi dan Nur Damia Alia Syafieka Zabidi, 21,antara 673 pelajar yang mendaftar sebagai pelajar baharu di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah baru-baru ini.

Mereka yang berasal daripada Kampung Sungai Baru, Jalan Tokai, Simpang Empat, Kedah melahirkan perasaan gembira kerana dipilih belajar di UiTM dan menyifatkan peluang menyambung pengajian begitu bermakna sekali.
“Kami berharap agar perjalanan pengajian di sini dipermudahkan dan diberkati,” kata Nur Damia Aisya Syamiera kepada Utusan Pelajar semasa ditemui pada Hari Pendaftaran Pelajar Baharu UiTM 2025 di universiti berkenaan baru-baru ini.

Program pendaftaran tersebut diadakan di UiTM Merbok selama dua hari.

Turut hadir Koordinator Unit Komunikasi Korporat UiTM Cawangan Kedah, Dr. Sharina Saad dan Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Kedah, Dr. Nor Azrina Mohd. Yusof sempena hari itu.

Semua pelajar, termasuk 19 orang dipilih untuk tinggal di Rumah Pelajar Taman Universiti (RPTU) Bedong, 182 orang di Kolej Malinja, 211 orang di Kolej Mahsuri dan 261 orang lagi di Kolej Masria.

Rektor UiTM Cawangan Kedah, Prof. Dr. Roshima Said berkata, proses pengambilan pelajar baharu untuk sesi akademik 2025 berjalan dengan lancar.

Menurutnya, setiap pelajar baharu, perlu ada semangat baharu untuk mencapai kejayaan di masa akan datang

“Pihak UiTM Kedah akan melakukan apa sahaja yang terbaik dalam menyokong perjalanan setiap pelajar kampus agar terus menjadi insan berilmu, berintegriti, dan berdaya saing secara global,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN