Pas sokong fatwa Kesatuan Ulama Islam Sedunia 

Pas sokong fatwa Kesatuan Ulama Islam Sedunia 

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING: Pas menyatakan sokongan penuh terhadap fatwa terkini yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Islam Sedunia berhubung pencerobohan Israel di Gaza, Palestin.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ketegasan Kesatuan Ulama Islam Sedunia itu adalah selari dengan pendirian parti yang konsisten dalam isu Palestin dan menuntut kepada dukungan seluruh umat Islam merentasi perbezaan fahaman dan mazhab melibatkan peranan pemimpin, ulama dan masyarakat.

“Fatwa ini bukan sahaja menjunjung tinggi prinsip-prinsip Islam yang menuntut keadilan dan pembelaan terhadap umat tertindas, malah ia juga merupakan satu seruan yang tegas dan syarie kepada seluruh dunia Islam untuk bangkit melaksanakan tanggungjawab mereka.

“Pas menyeru seluruh umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia untuk bersama-sama menginsafi dan menghayati isi kandungan fatwa ini serta memperkasakan usaha membantu saudara kita di Palestin melalui doa, sumbangan, pendidikan dan apa jua cara yang termampu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berdasarkan beberapa laporan media antarabangsa antara intipati fatwa ialah kewajipan campur tangan ketenteraan segera negara-negara Arab dan Islam serta keperluan mengkaji semula perjanjian damai yang dimeterai beberapa negara Arab dengan entiti penjajah.

Selain itu, Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Islam Sedunia memutuskan fatwa mewajibkan jihad harta untuk membantu rakyat Palestin di Gaza dan mengharamkan untuk menyokong Israel dalam apa jua bentuk sokongan.

Abdul Hadi berkata, umat Islam tidak boleh lagi berdiam diri atau sekadar menjadi pemerhati kepada kezaliman yang berlaku. 

“Ini adalah medan ujian bagi keimanan dan maruah umat Islam seluruhnya. Palestin, perjuangan tidak bernoktah, sokongan tidak bermusim,” katanya.

Antara isi penting fatwa tersebut adalah semua pihak adalah kewajipan berjihad dengan senjata bagi setiap Muslim yang berkemampuan demi membebaskan Palestin daripada penjajahan dan haram menjalinkan sebarang bentuk normalisasi dengan Zionis yang merampas hak dan maruah umat Islam. 

Selain itu, kewajipan berjihad dengan harta untuk membantu saudara di Gaza serta mendesak pembukaan laluan sempadan untuk bantuan kemanusiaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×