Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi

Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi

ABDULLAH AHMAD BADAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia kelima, merupakan seorang pemimpin berjiwa besar dan berwawasan jauh, berdedikasi dalam memajukan negara. Berikut, antara fakta menarik tentang beliau.

  1. Keluarga ulama

Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November 1939 di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Beliau berasal daripada keluarga ulama dan cendekiawan Islam. Datuknya, Syeikh Abdullah Fahim, merupakan mufti pertama Pulau Pinang serta tokoh penting dalam gerakan kemerdekaan, yang membentuk asas nilai dan prinsip beliau.

  1. Pendidikan Islam

Abdullah memulakan pendidikan di Pulau Pinang sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Malaya, memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam pada 1964. Latar pendidikan agamanya membentuk kepimpinan berteraskan keadilan, integriti serta pembangunan insan yang seimbang antara rohani, intelek dan kemajuan negara.

  1. Aktif gerakan pelajar

Aktif dalam gerakan pelajar semasa di sekolah dan universiti dan pernah menjadi Yang Dipertua Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Pulau Pinang pada 1957 dan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada 1962.

  1. Anugerah dan penghargaan

Sepanjang hayat, Abdullah menerima lebih 20 anugerah doktor kehormat dan darjah kebesaran termasuk termasuk Seri Utama Mahkota Wilayah pada 2010 dan Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) pada 2009. Anugerah dari negara luar termasuklah ‘Grand Cordon of the Order of the Sacred Treasure’ dari Jepun dan ‘King Faisal International Prize’ (Perkhidmatan kepada Islam) pada 2011.

  1. Penglibatan dalam NGO

Beliau turut aktif dalam bidang NGO dan organisasi awam, memegang jawatan sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), serta pengasas Institut Pengajian Islam Lanjutan (IAIS). Beliau memainkan peranan penting dalam Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) yang bertujuan memperkukuh kerjasama ekonomi negara-negara Islam.

  1. Politik cemerlang

Abdullah menyertai UMNO pada 1964 dan berjaya dipilih sebagai Ahli Parlimen Kepala Batas pada tahun 1978 dan memegang kerusi tersebut selama 35 tahun hingga 2013. Beliau pernah memegang pelbagai jawatan penting dalam UMNO termasuk Naib Presiden dan Timbalan Presiden, sebelum dilantik menjadi Presiden UMNO pada 2004. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN