Malaysia sedia realisasi Rangkaian Kereta Api Pan-Asia

Malaysia sedia realisasi Rangkaian Kereta Api Pan-Asia

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia bersedia dan menyokong sepenuhnya usaha bagi mewujudkan Rangkaian Kereta Api Pan-Asia (Pan-Asia Railway Network) menghubungkan Malaysia – Kunming, China.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, beliau sendiri akan bertemu rakan sejawatannya di Bangkok, Thailand awal bulan depan bagi membincangkan pembangunan rangkaian kereta api itu.

Beliau berkata, Malaysia telah membayangkan pembinaan rangkaian kereta api itu sejak tiga dekad lalu, namun ia tidak pernah direalisasikan disebabkan beberapa sambungan yang hilang dan bahagian laluan yang tidak dapat diakses.

“Idea mewujudkan rangkaian kereta api rentas negara itu pernah dicetuskan Perdana Menteri Ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad sejak 30 tahun lalu.

“Buat masa ini, dari Malaysia ke China, laluan kereta api boleh dilalui, tetapi halangan utama adalah apabila melintasi negara-negara yang berbeza dan pastinya terdapat pelbagai sekatan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Apresiasi Pelanggan dan Hari Terbuka Perbadanan Aset Keretapi (RAC) di sini, hari ini.

Katanya, kerajaan secara dasarnya sedang melengkapkan infrastruktur rangkaian kereta api di negara ini malah, ia hampir siap sepenuhnya, dengan hanya bahagian di Johor yang masih belum disiapkan.

Loke berkata, jika ia berjaya dilaksanakan kelak, laluan itu akan menjadi sangat strategik untuk Malaysia kerana bukan sahaja untuk keperluan domestik tetapi perjalanan kargo.

Menurutnya, laluan itu kelak akan menjadi medium hubungan perdagangan ASEAN yang bermula dari Singapura ke China.

“Sebaik sahaja kargo tiba di China, rangkaian kereta api di republik itu akan membuka akses ke mana-mana bahagian dalam negara itu dan seterusnya bersambung ke Euro Asia serta Eropah.

Sementara itu, dalam ucapannya, Loke berkata, pelaksanaan rangkaian kereta api itu adalah salah satu perkara utama diketengahkan Presiden China, Xi Jinping sebagai sebahagian daripada komitmen China untuk membangunkan bersama Koridor Darat-Laut.

Dalam pada itu, Loke berkata, Malaysia juga boleh memanfaatkan pasaran halal di Xinjiang, China memandangkan wilayah itu didiami ramai umat Islam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya