‘Kenyataan MB Kelantan isu tanah adat mengelirukan’

‘Kenyataan MB Kelantan isu tanah adat mengelirukan’

Mohd. Nassuruddin Daud
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kenyataan Menteri Besar, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud  bahawa istilah Tanah Adat bagi Orang Asli di Semenanjung Malaysia tidak wujud, disifatkan bukan sahaja mengelirukan malah tidak bertanggungjawab.

Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK) Mustafa Alang berkata, kenyataan yang dibuat semasa sesi penggulungan pada Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Rabu lalu itu tidak  berlandaskan fakta sebenar selain cuba menutup kebenaran berkaitan perkara tersebut.

“Kenyataan itu secara jelas, terang dan nyata sudah bercanggah dengan dapatan mahkamah di Malaysia yang membabitkan kes-kes tanah yang membabitkan Orang Asli.

“Hal ini kerana kes-kes ini tidak hanya melibatkan negeri-negeri lain seperti Perak, Pahang, Selangor dan Johor serta tidak terkecuali Kelantan. Sebagai makluman, di sini terdapat dua kes mahkamah yang melibatkan kes tanah Orang Asli iaitu di Pos Belatim (2017) dan Pos Balar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mustafa berkata, dapatan bagi kes-kes ini secara jelas, terang dan nyata telah memutuskan bahawa Orang Asli mempunyai hak ke atas tanah mereka yang juga dikenali sebagai kawasan Tanah dan Wilayah Adat. 

“Walaupun Mahkamah Tinggi Malaya yang telah secara berulang kali menyatakan bahawa tanah adat juga wujud di semenanjung, namun ketiadaan ‘political will’ di pihak negeri dan Persekutuan telah menyebabkan isu yang berkaitan isu ini terus berlarutan tanpa penyelesaian.

“Masalah itu berpunca oleh keengganan pihak kerajaan sama ada egeri atau Persekutuan dalam mengakui hak-hak Orang Asli,” ujarnya.

Mustafa berkata, JKOAK mengesa pihak negeri atau Persekutuan untuk mengambil tindakan yang sepatutnya di dalam mempromosi dan melindungi hak-hak Orang Asli sebagaimana yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, pindaan ke atas undang-undang yang berkaitan dengan hak tanah Orang Asli, termasuk memasukkan istilah tanah adat dalam undang-undang yang berkaitan perlu dilakukan.

“Proses pindaan ini juga harus mengadaptasi prinsip-prinsip Keizinan Berasaskan Makluman, Awal, Bebas dan Telus (IMABT),” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Mohd. Nassaruddin berkata berkata, istilah Tanah Adat bagi Orang Asli di Semenanjung Malaysia tidak wujud.

“Apa yang dibangkitkan mengenai tanah adat masyarakat Orang Asli di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, ia sebenarnya tidak menjadi isu.

 “Hal ini kerana tidak ada istilah Tanah Adat untuk orang asli sama ada dalam Kanun Tanah Negara 1965 mahupun Akta Orang Asli 1954. Tanah adat hanya wujud di Sabah dan Sarawak mengikut undang-undang di kedua-dua negeri itu,” ujarnya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya