Kami tidak tahu itu lagu baharu Dolla - Haziq - Utusan Malaysia

Kami tidak tahu itu lagu baharu Dolla – Haziq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyampai radio Era FM, Haziq, menjelaskan tidak mengetahui muzik yang diputar semasa sesi siaran langsung adalah lagu terbaharu milik kumpulan Dolla.

Haziq atau Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni, 34, yang ketika itu mengendalikan segmen Petang Era bersama rakan penyampainya, Shasha terkejut apabila dimaklumkan lagu tersebut masih belum dilancarkan secara rasmi.

“Kami sebenarnya tidak tahu ia lagu apa, sebab sudah ada dalam sistem. Selepas lebih kurang lima saat kami mainkan muzik itu, tiba-tiba penerbit datang dan kata lagu itu masih belum boleh dimainkan.

“Rupanya ia merupakan lagu terbaru Dolla yang bakal dilancarkan akan datang. Kami pula rasa syok bila pasang lagu itu, orang kata ‘layan’,” katanya.

Haziq ditemui Utusan Malaysia di majlis pelancaran drama Viu Pabila Dia Tersenyum di Sunway Pyramid, semalam.

Dalam pada itu, Haziq lega kerana para peminat Dolla memberi reaksi positif dan gembira kerana dapat mendengar ‘teaser’ tidak rasmi lagu yang dirahsiakan judulnya itu.

“iDolla (kelab peminat) tidak marah, malah mereka lagi suka dan teruja sebab dapat dengar teaser itu. Mereka rasa bertuah walau dapat dengar sedikit.

“Apapun kami tidak tahu apa-apa, cuma main tekan sahaja lagu dalam sistem.

“Tapi, rasanya semua tak sabar nak dengar lagu itu, kan?” jelasnya.

Terdahulu, video sesi siaran langsung Haziq dan Shasha menjadi tular apabila mereka tidak sengaja memainkan lagu yang dipercayai milik kumpulan Dolla. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya