Isu paparan Jalur Gemilang: Siasatan masih berjalan - Fadhlina

Isu paparan Jalur Gemilang: Siasatan masih berjalan – Fadhlina

FADHLINA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) mahu semua pihak memberi ruang seluasnya kepada siasatan mengenai isu kesilapan pemaparan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 baru-baru ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, siasatan berkaitan isu berkenaan masih lagi berjalan.

“Mari kita selesaikan dulu siasatan. Bagi ruang siasatan ini, apa yang susah sangat? Siasatan sedang berlangsung, bagi ruang siasatan ini.

“Kita memang percaya pada siasatan ini, mesti siasatan yang ada integriti dan kita akan memastikan bahawa isu-isu ini tidak boleh sama sekali berulang lagi.

“Kita cukup tegas, saya ulang banyak kali, kita cukup tegas dalam isu ini dan tidak akan membiarkan ia terlepas begitu sahaja dan siasatan ini sangat penting termasuk siasatan dalaman,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Anugerah Sukan KPM-MSSM-MILO Ke-56 2024 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab desakan supaya pihak pengurusan tertinggi KPM meletakkan jawatan susulan isu berkenaan.

Sebelum ini, Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menegaskan bahawa Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM), timbalan yang berkaitan, dan Pengarah Lembaga Peperiksaan perlu bertanggungjawab serta meletakkan jawatan secara terhormat susulan kesilapan grafik bendera Malaysia dalam laporan analisis keputusan SPM 2024 baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, beliau memberi jaminan dan komitmen bahawa siasatan kes ini dapat dilaksanakan dengan penuh integriti.

“Isu Jalur Gemilang bukan main-main, jadi kita ada komitmen yang besar di situ,” katanya.

Ditanya bila siasatan dalaman itu akan selesai, Fadhlina berkata, siasatan masih berlangsung dan pihaknya tegas dalam perkara itu.

“Saya pun perlukan siasatan penuh itu didalamkan (diteliti sebaik mungkin) supaya kita tidak ulang lagi kesilapan-kesilapan yang bagi saya memberikan kesan besar kepada kita semua,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya