Inovasi getah sekerap bantu pekebun kecil

Inovasi getah sekerap bantu pekebun kecil

AHMAD Zahid Hamidi (tengah) menyampaikan replika cek sumbangan tanggungjawab sosial korporat Yayasan Risda pada Majlis Perasmian Karnival Risda Madani (KARRISMA) Zon Utara 2025 di Bagan Datuk, Perak, semalam. – MINGGUAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Penghasilan bahan api bio daripada getah sekerap merupakan antara inovasi yang mampu membantu industri getah negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkembangan itu antara langkah yang boleh menaikkan harga getah sekali gus membawa kesan positif buat para pekebun kecil.

Jelasnya, industri getah tidak lagi boleh mengharapkan bantuan kerajaan daripada segi penetapan harga lantai semata-mata.

“Kita telah mendapat produk yang dikeluarkan daripada getah sekerap, iaitu biofuel yg menyerupai diesel dan petrol. Ini harus diperkembangkan lagi, harus mendapat pengiktirafan badan-badan piawaian.

“Jika berjaya, harga getah sekerap akan meningkat apabila permintaan pengeluaran biofuel daripada getah dapat dikomersialkan. Ini perlu diusahakan bersungguh-sungguh daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA),” katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Karnival RISDA Madani (KARRISMA) Zon Utara Tahun 2025 di sini semalam.

Kata Ahmad Zahid, mengikut laporan diterimanya satu kilogram (kg) getah sekerap dapat menghasilkan sehingga lima liter bahan api bio dan mahu peruntukan disalurkan agar penyelidikan dan pembangunan boleg diperkasakan.

Katanya, penebangan kayu-kayu getah tua hasil aktiviti penanaman semula boleh dilakukan pengawetan bagi dijadikan sebagai bahan utama untuk pengeluaran perabot berasaskan kayu.

Sebelum ini, RISDA menyasarkan harga getah sekerap pada kadar RM5 per kg dan RM15 per kg bagi getah lateks.

Beliau berkata, pembukaan kedai serbaneka RisSMart RISDA untuk memasarkan produk keluaran pekebun kecil getah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN