PUTRAJAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang mengkaji amalan terbaik di peringkat antarabangsa dalam pengurusan dan keselamatan saluran gas di negara ini. Ketua Pengarahnya, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, kajian itu penting sebagai usaha penambahbaikan kepada sistem sedia ada. Menurutnya, amalan terbaik itu kemudian akan dicadangkan kepada pihak berkaitan termasuk Petroliam Nasional Bhd (Petronas) bagi mengelak insiden kebakaran paip gas di Putra Heights pada 1 April lalu berulang. “Kami…