Aktivis politik dakwa portal berita siar artikel palsu guna nama, gambar

Aktivis politik dakwa portal berita siar artikel palsu guna nama, gambar

AMRAN AHMAD membuat laporan di IPD Kajang berkaitan penyiaran artikel secara tidak sah menggunakan nama dan gambarnya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas pemimpin Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) yang juga aktivis politik, Dr. Amran Ahmad menggesa pihak berkuasa menyiasat sebuah portal berita, MalaysiaKini yang didakwa menyiarkan artikel palsu dengan menggunakan nama dan gambar beliau.

Beliau berkata, artikel bertajuk ‘Antara nukilan Azizulhasni dan keprihatinan menteri’ didakwa mengandungi pujian melampau terhadap Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang jelas bertentangan dengan pendirian politik Amran selama ini yang dikenali umum sebagai pengkritik lantang terhadap pimpinan DAP.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa saya menulis artikel tersebut. Ia adalah satu pemalsuan identiti dan cubaan untuk menjatuhkan reputasi serta memperdaya pembaca seolah-olah saya telah beralih sokongan kepada DAP,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini hari ini.

Terdahulu, Amran membuat laporan di IPD Kajang berkaitan penyiaran artikel secara tidak sah menggunakan nama dan gambarnya.

Menurutnya, tindakan portal berita tersebut telah mengakibatkan beliau dikecam hebat di media sosial dan mengalami tekanan emosi susulan penghinaan serta tohmahan yang dilemparkan oleh masyarakat terutamanya dalam kalangan pengikut beliau sendiri.

Jelasnya, beliau sedang mendapatkan nasihat perundangan untuk mengambil tindakan selanjutnya terhadap portal berkenaan atas dakwaan fitnah dan pencemaran nama baik.

“Saya tidak akan berdiam diri. Ini bukan sahaja soal maruah peribadi, tetapi juga integriti dunia kewartawanan yang telah lama saya perjuangkan,” tegasnya.

Difahamjan Amran dijangka akan memfailkan tuntutan saman terhadap pihak yang bertanggungjawab serta menuntut permohonan maaf terbuka dan penarikan semula artikel berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya