81 peratus ahli PKR Terengganu mengundi dalam talian - Utusan Malaysia

81 peratus ahli PKR Terengganu mengundi dalam talian

PKR dilihat sedang menyiapkan barisan kepimpinan baharu untuk menggantikan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) yang dijangka berlangsung dalam tempoh dua tahun akan datang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kira-kira 81 peratus daripada 6,225 ahli PKR Terengganu selesai menunaikan tanggungjawab mereka dengan mengundi secara dalam talian hari ini.

Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Pusat, Muhammad Naqib Nasaruddin berkata, proses pemilihan secara fizikal juga berjalan lancar.

“Alhamdulillah, semuanya selesai dengan baik tanpa ada sebarang insiden tidak diingini berlaku.

“Untuk ahli yang keluar mengundi secara fizikal pula seramai 200 atau 45 peratus daripada 445 ahli telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 12.30 tengah hari ini,” katanya hari ini

Seramai 7,685 ahli PKR daripada tujuh cabang di seluruh Terengganu layak mengundi dalam sesi pemilihan kali ini.

Tambahnya, keputusan pemilihan akan diumumkan oleh JPP secepat mungkin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya