25 kerbau mati akibat wabak hawar berdarah di Terengganu 

25 kerbau mati akibat wabak hawar berdarah di Terengganu 

- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Wabak hawar berdarah kembali dikesan di Terengganu melibatkan kematian 25 ekor kerbau di Dusun Tembakau dekat Manir di sini, sejak 7 April lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu, Dr. Azman Ibrahim berkata, kematian haiwan itu melibatkan enam penternak berkelompok di kawasan tersebut.

“Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu telah memaklumkan bahawa penyakit hawar berdarah ini  melibatkan kematian 25 ekor kerbau daripada 120 populasi ternakan itu. Sehubungan itu, satu notis arahan kuarantin mengikut seksyen 18 Akta Binatang 1953 dikeluarkan dan diserahkan kepada penternak, semalam.

“Selain itu, surat makluman larangan pemindahan keluar dan masuk lembu atau kerbau dari beberapa kampung yang terlibat telah dikeluarkan bagi mengekang penularan penyakit ini dalam lingkungan lima kilometer radius daripada lokasi wabak,” katanya hari ini.

Berkuatkuasa semalam juga, pemindahan keluar dan masuk ternakan lembu atau kerbau dari lokasi tersebut tidak lagi dibenarkan kecuali bagi tujuan ke rumah sembelih di Gong Badak, Kuala Nerus dan rumah sembelih swasta berlesen kepunyaan Jusoh Tok Rimau di Kuala Terengganu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN