200 peserta kejohanan bola sepak bawah 10 dan 12 tahun

200 peserta kejohanan bola sepak bawah 10 dan 12 tahun

SEBAHAHIAN peserta kejohanan bola sepak MPAJ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seramai 200 peserta mengambil bahagian dalam kejohanan bola sepak bawah 10 dan 12 Tahun yang diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Ampang Jaya MPAJ di Pandan Perdana. baru-baru .

Acara ini juga merupakan platform untuk mengeratkan hubungan MPAJ bersama ibu bapa dan keluarga para peserta yang turut hadir sebagai penyokong.

MPAJ terus menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam inisiatif pembangunan sukan di kawasan pentadbirannya bagi terus mengasah bakat anak muda berusia 12 tahun dan ke bawah

Kejohanan bermula seawal pukul 8 pagi hingga 5 petang dan kedua-dua kategori telah berlangsung serentak melibatkan 24 pasukan terdiri daripada 12 pasukan bagi acara bawah 10 tahun dan 12 pasukan bagi acara 12

Mereka bertanding merebaut merebut hadiah wang tunai keseluruhannya berjumlah RM3,000.

Pasukan Prime Lions menjuarai Kejohanan Bola Sepak bagi Kategori Bawah 10 Tahun yang memenangi hadiah wang tunai RM600 manakala juara bagi kategori bawah 12 Tahun menjadi milik Pasukan AA19. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN