Padah sebut bom warga emas kena denda RM100

Padah sebut bom warga emas kena denda RM100

NG Kok Yeow (dua dari kanan) diiringi tiga anggota polis ketika tiba di Mahkamah Majistret Balik Pulau, Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU : Padah bergurau dengan menyebut perkataan ‘bom’ di sebuah lapangan terbang Selasa lalu, seorang warga emas didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Terdahulu, tertuduh, Ng Kok Yeow, 64, yang juga seorang peniaga mengaku bersalah ketika pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Majistret Chia Huey Ting.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja memaklumkan kepada seorang petugas Malaysia Airlines bahawa terdapat bom dalam beg milik rakannya di mana dia mempunyai pengetahuan bahawa kata-kata tersebut boleh menggugat ketenteraman awam.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di kaunter daftar masuk nombor 44, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) kira-kira pukul 10.30 malam, 11 Mac lalu.

Oleh yang demikian, dia didakwa di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) dan boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama. Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya , R. Lushani manakala tertuduh pula diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Hazarul Iqram Rozahan.

Ketika prosiding, Lushani memohon mahkamah agar menawarkan hukuman denda maksimum terhadap tertuduh kerana kes itu dianggap sensitif dan sepatutnya dijadikan bahan gurauan.

Hazarul Iqram dalam rayuannya pula mahu hukuman minimum dikenakan terhadap anak guamannya kerana tertuduh perlu menanggung keluarga dengan pendapatan sekitar RM1,000 sebulan.

Huey Ting kemudian menetapkan denda sebanyak RM100 terhadap tertuduh dan difahamkan, tertuduh membayar denda tersebut dengan ditemani oleh dua rakannya.

Media sebelum ini melaporkan, suspek membuat gurauan tersebut ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP semasa mahu menaiki penerbangan untuk ke China bersama rakannya.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, sehubungan itu, pemeriksaan lanjut terpaksa dibuat terhadap bagasi terbabit, namun, tiada sebarang bahan berbahaya dijumpai ketika itu.

Jelas Sazalee, suspek dan rakannya yang juga seorang lelaki warga China berusia 60 tahun kemudian direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya