Warga emas bekal tembakau kunyah ditahan

Warga emas bekal tembakau kunyah kepada warga asing ditahan, rampasan lebih RM200,000

Warga emas 65 tahun menjadi pembekal tembakau kunyah tidak bercukai kepada warga asing di negeri ini ditahan bersama rampasan bernilai lebih RM200,000 di Bandar Seri Alam, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang warga emas yang menjadi pembekal tembakau kunyah kepada pekerja warga asing ditahan bersama rampasan lebih RM200,000 dalam serbuan Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd. Sohaimi Ishak berkata, lelaki berusia 65 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Jalan Lembah 18, Bandar Seri Alam pada pukul 8.55 pagi.

“Pemeriksaan mendapati rumah itu dijadikan stor penyimpanan serta pusat jualan tembakau kunyah tidak bercukai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Polis merampas 1,238 paket tembakau kunyah bernilai RM146,537 serta sebuah lori bernilai RM60,000, menjadikan jumlah keseluruhan rampasan RM206,527.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN