Inspektor langgar anggota trafik direman empat hari

Inspektor langgar anggota trafik direman empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pegawai kanan polis berpangkat Inspektor yang menyebabkan kecederaan anggota trafik dalam satu kejadian di Jalan Sultan Yahya Petra, dekat sini pada Jumaat lalu direman empat hari.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nur Liana Sulaiman di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Polis, Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, kertas siasatan akan dilengkapkan dengan kadar segera dalam tempoh reman ini sebelum dirujuk kepada pihak pendakwaan untuk sebarang pertuduhan

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Inspektor berusia 40 tahun itu diburu selepas dipercayai merempuh seorang anggota trafik dari arah belakang di Jalan Sultan Yahya Petra dalam kejadian pada Ahad lalu. 

Lelaki itu bagaimanapun berjaya ditahan di kawasan Chan Sow Lin dekat sini semalam selepas kenderaannya dikesan di sekitar Jalan Cheras hasil risikan dan semakan kamera litar tertutup (CCTV).

Dalam cubaan meloloskan diri, suspek merempuh beberapa kenderaan awam termasuk sebuah kenderaan utiliti pelbagai guna (MPV) polis sebelum akhirnya berjaya dikepung dan ditahan.

Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata, suspek sedang menjalani cuti perubatan khas, selain dalam proses untuk dibersarakan atas syor Lembaga Perubatan kerana menghidap skizofrenia.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN