PETALING JAYA: Ibu bapa dan penjaga tidak perlu bimbang diambil tindakan berhubung pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Pendidikan (Pindaan) 2025 yang mewajibkan pendidikan sehingga peringkat sekolah menengah. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihak kementerian sentiasa memberi keutamaan kepada advokasi, kesedaran, dan tanggungjawab dalam memastikan setiap kanak-kanak mendapat akses pendidikan yang sewajarnya. Katanya, pendekatan itu diambil berdasarkan pengalaman kementerian dalam melaksanakan Dasar Pengoperasian Pendidikan Rendah Wajib sebelum ini. “Kita akan memastikan akses,…