KPM komited manfaatkan hampir RM69 bilion demi warga pendidikan

KPM komited manfaatkan hampir RM69 bilion demi warga pendidikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) komited untuk memanfaatkan peruntukan hampir RM69 bilion menerusi Belanjawan 2027 bagi menyokong wawasan “Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”.

Menurut kementerian itu, kebajikan murid terus menjadi tumpuan menerusi pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP), Elaun Sara Hidup Pelajar Tingkatan Enam, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) serta Elaun Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK).

Pada masa sama, KPM turut memberi perhatian kepada kebajikan dan profesionalisme guru demi kesejahteraan warga pendidik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, KPM berkata, projek penyelenggaraan dan pembinaan sekolah baharu turut menjadi fokus utama seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2027.

“Peningkatan peruntukan ini merupakan amanah dan tanggungjawab besar yang perlu diterjemahkan kepada tindakan, pelaksanaan serta impak yang dapat dirasai oleh seluruh warga pendidikan.

“Sehubungan itu, KPM akan memperkukuh gerak kerja secara berfokus dan berimpak tinggi bagi memastikan setiap peruntukan dapat dimanfaatkan secara optimum berdasarkan keutamaan dan keperluan pemegang taruh KPM,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, akhbar ini melaporkan, KPM menerima peruntukan tertinggi menerusi Belanjawan 2027 iaitu hampir RM69 bilion.

Anwar berkata, jumlah itu meningkat berbanding peruntukan RM66.2 bilion yang diterima kementerian berkenaan tahun ini.

Beliau turut mengumumkan peningkatan peruntukan bagi membaik pulih dan menyelenggara semua jenis sekolah daripada RM1 bilion kepada RM2 bilion.

Mengulas lanjut, KPM berkata, belanjawan kali ini merupakan manifestasi jelas keutamaan kerajaan Madani dalam meletakkan pendidikan sebagai nadi negara.

Menurutnya, komitmen itu selaras dengan tema Belanjawan 2027 iaitu “Malaysia MADANI: Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi”.

“KPM bersedia bergerak pantas untuk menggalas dan melaksanakan segala mandat Belanjawan 2027 menerusi tadbir urus kewangan yang cekap serta berintegriti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini