Pulau Pinang cadang tubuh Pusat Kewangan Antarabangsa

Pulau Pinang cadang tubuh Pusat Kewangan Antarabangsa

CHOW Kon Yeow (tengah) ketika sidang akhbar di pejabat Ketua Menteri, di George Town, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Pulau Pinang terus mengorak langkah sebagai hab kewangan serantau apabila melancarkan Permohonan untuk Penyataan Minat (EOI) bagi penubuhan Pusat Kewangan Antarabangsa Pulau Pinang (PIFC).

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, inisiatif yang diterajui kerajaan negeri melalui Penang Institute itu sejajar dengan kedudukan Pulau Pinang sebagai hab perdagangan global, khususnya dalam sektor semikonduktor dan teknologi tinggi.

“Pulau Pinang yang dikenali sebagai Lembah Silikon Timur berada pada kedudukan strategik untuk membangunkan ekosistem kewangan dinamik. 

“Dengan adanya PIFC, ia akan membantu memperkukuh sektor semikonduktor di Koridor Utara, selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dan Strategi Semikonduktor Negara (NSS),”katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Kon Yeow, kerajaan negeri telah mengemukakan surat rasmi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Mac lalu bagi menyatakan komitmen terhadap inisiatif tersebut dan mengharapkan sokongan Kerajaan Persekutuan.

“Kita perlu pelbagaikan ekonomi Pulau Pinang dan kita tidak boleh bergantung kepada sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta pelancongan dan perkhidmatan sahaja. PIFC ini akan bawa impak yang besar kepada ekonomi negeri,” katanya. 

Tambahnya, PIFC dijangka berperanan penting dalam memperluaskan pelaburan teknologi, menarik sumber modal baharu bagi inovasi kewangan, serta meningkatkan peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan profesional.

“Sebagai langkah awal, Penang Institute membuka peluang kepada institusi kewangan, pemaju hartanah, pemimpin industri dan firma pelaburan untuk mengemukakan cadangan mereka,” katanya yang memberitahu, dokumen EOI itu boleh diperoleh bermula 17 hingga 26 Mac 2025 pada waktu pejabat, manakala tarikh akhir penyerahan cadangan adalah sebelum 12 tengah hari, 19 Mei ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya