Program Kongsi Berkat Bubur Lambuk agih 1,000 bekas di USIM

Program Kongsi Berkat Bubur Lambuk agih 1,000 bekas di USIM

SHARIFUDIN Md Shaarani (tengah) dan Mohamad Azlan Jaafar (dua dari kanan) mengagihkan pek bubur lambuk kepada warga USIM pada Program Kongsi Berkat Bubur Lambuk di Nilai semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NILAI: Syarikat Mahsuri Dagang Sdn. Bhd. (Mahsuri Dagang) dan Media Mulia Sdn. Bhd. dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyantuni pelajar dan warga universiti melalui program Kongsi Berkat Bubur Lambuk bagi mengimarahkan bulan Ramadan.

Program yang diadakan di Pusat Islam USIM di sini bermula dengan aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk seawal pukul 8 pagi yang melibatkan lebih 60 individu termasuk pelajar, kakitangan Pusat Komunikasi Strategik USIM serta wakil Media Mulia.

Lebih 1,000 pek bubur lambuk serta produk Mahsuri Dagang disediakan untuk diedar kepada para pelajar, kakitangan serta jemaah solat Jumaat di Pusat Islam USIM.

Program itu bukan sekadar memberi juadah berbuka kepada pelajar dan masyarakat setempat, tetapi juga menjadi platform untuk mempereratkan ukhuwah sesama Islam serta menghubungkan universiti dengan pihak industri.

Mahsuri Dagang dan Media Mulia berharap program sebegini dapat diteruskan di masa hadapan dengan penglibatan lebih banyak organisasi dan komuniti bagi memperluaskan manfaat kepada golongan yang memerlukan, khususnya dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Pengagihan bubur lambuk dilakukan selepas solat Jumaat oleh Pengarah Bukan Eksekutif Mahsuri Dagang, Datuk Ahmad Tajudin Idris; Pengarah Hal Ehwal Luar Mahsuri Dagang, Mohd. Jazri Ikmal Hijaz; Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Ts. Dr. Sharifudin Md. Shaarani serta Pengarah Urusan dan Pengarang Kumpulan Media Mulia, Mohamad Azlan Jaafar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN