Pengurup wang terlibat kes Ismail Sabri dilepaskan selepas mengadu sakit

Pengurup wang terlibat kes Ismail Sabri dilepaskan selepas mengadu sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pengurup wang yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dibebaskan selepas mengadu mengalami masalah kesihatan.

Menurut sumber, lelaki terbabit dipercayai berperanan dalam proses pertukaran ringgit kepada pelbagai mata wang asing, yang ditemui dan disita oleh SPRM.

“Bagaimanapun, suspek telah dilepaskan daripada tahanan reman sekitar pukul 3 pagi tadi selepas mengadu tidak sihat. Pemeriksaan perubatan mendapati dia mengalami masalah jantung dan memerlukan rawatan lanjut,” kata sumber tersebut.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki sebelum ini mengesahkan bahawa lelaki berkenaan ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri itu.

“Suspek merupakan individu terbaharu yang ditahan bagi tujuan siasatan. Namun, selepas dua hari dalam tahanan, dia tiba-tiba mengadu sakit jantung. Kami segera merujuknya kepada doktor, yang mengesahkan dia mengalami masalah jantung tersumbat.

“Atas sebab itu, SPRM tiada pilihan selain membebaskannya agar dia dapat menerima rawatan yang sewajarnya,” katanya ketika dihubungi pemberita, hari ini.

Dalam pada itu, Azam memaklumkan bahawa proses rakaman keterangan bekas Perdana Menteri masih berjalan dan dijangka mengambil masa beberapa sesi lagi.

“Saya tidak dapat meramalkan bila proses ini akan selesai, tetapi boleh saya katakan ia masih berterusan dan ramai lagi individu akan dipanggil untuk memberi keterangan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN