PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menahan seorang pengamal media bagi membantu siasatan kes rasuah. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, penahanan dibuat di sebuah hotel di Shah Alam kira-kira pukul 11 malam, semalam. Katanya, SPRM juga menemukan sejumlah wang kira-kira RM20,000 pada pengamal media tersebut. “Penahanan dibuat berhubung dakwaan kes rasuah, bukannya mengenai laporan berita pendedahan isu pendatang asing tanpa izin (PATI). “Dipercayai wartawan berkenaan…