KOTA BHARU: Seorang hakim syarie hanya mampu termenung melihat cebisan kira-kira 500 kitab pelbagai pengajian Islam bernilai lebih RM50,000 yang hangus dijilat api dalam kebakaran di rumahnya di Kampung Bunut Payong, di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, Zulkiflee Mohamed, 58, yang bertugas di Mahkamah Syariah Bachok di sini tiada di rumah kerana menunaikan solat tarawih bersama anak lelakinya, Ahmad Hamzallah, 27. Zulkiflee berkata, semasa kejadian, isterinya,…










