KLUANG: Kementerian Pendidikan menyasarkan tahun 2030 sebagai tempoh untuk menyelesaikan sistem sekolah satu sesi. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, sehingga kini hanya kira-kira 1,000 daripada 10,000 sekolah yang masih belum melaksanakan sistem satu sesi berikutan kepadatan pelajar di sekolah berkenaan. Katanya, pembinaan sekolah baharu akan mempengaruhi penyelesaian itu dan kerajaan sudah pun menetapkan sasaran pembangunan sekolah-sekolah baharu selain baik pulih sekolah daif. “Ya, ini sebenarnya perkembangan pendidikan yang sangat baik…











