Solat itu beban atau susah sebab selalu lengahkan dan tangguh - Syatilla Melvin - Utusan Malaysia

Solat itu beban atau susah sebab selalu lengahkan dan tangguh – Syatilla Melvin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Terus bermuhasabah diri, pelakon, Syatilla Melvin berpendapat solat fardu lima waktu itu akan terasa indah dan mudah untuk ditunaikan sekiranya dikerjakan tepat pada masanya.

Menurut Syatilla, ada segelintir pihak merasakan rukun Islam kedua itu sukar untuk didirikan kerana sikap mereka yang suka melewatkannya.

“Sebenarnya, kita ini rasa solat itu beban atau susah kadang-kadang sebab kita selalu melengahkan dan tangguh,” katanya menerusi sebuah hantaran di Threads.

Tambah Syatilla, hatinya tersentuh apabila melihat perubahan dirinya yang kini lebih banyak menantikan waktu solat daripada kebiasaannya sepanjang menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah dan Madinah.

“Kalian kalau pergi Mekah dan Madinah, rasa waktu panjang sangat-sangat dan sikit pun tidak rasa solat itu beban sebab kita buat tepat pada waktunya!

“Memang kerja kita tunggu masa saja mahu solat hari-hari. Setuju ke tidak?,” ujarnya.

Difahamkan, Syatilla kini berada di Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah bersama suaminya, Shaheizy Sam serta ahli keluarga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN