Reka bentuk Jambatan Rong Chenok ambil kira aspek semula jadi

Reka bentuk Jambatan Rong Chenok ambil kira aspek semula jadi

KAKITANGAN Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan bersama penduduk kampung meninjau keadaan jambatan yang runtuh akibat banjir di Kampung Rong Chenok, Pasir Mas, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Reka bentuk jambatan Rong Chenok di sini, yang runtuh dibadai arus deras hujung November tahun lalu mengambil kira semua aspek semula jadi termasuk aliran dan paras air sungai di kawasan itu pada tahun-tahun terdahulu.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan, Dr. Siti Fairus Zakaria berkata, reka bentuk itu sudah siap dan kerja-kerja pembinaan dijalankan sebaik sahaja peruntukan diluluskan kerajaan.

“Reka bentuk kali ini lebih kukuh dan bersesuaian dengan keperluan penduduk di sini,” katanya selepas turun datang melawat jambatan tersebut, kelmarin.

Sementara itu, wakil penduduk, Nipah Kadir, 72, berharap pembinaan jambatan itu dapat disegerakan kerana ia keperluan mendesak.

Katanya, sejak jambatan itu runtuh, lebih 2,000 penduduk terpaksa menggunakan laluan alternatif melalui Bukit Panau, Tanah Merah untuk ke seberang yang mengambil masa sehingga satu jam.

“Sebagai langkah awal, kami sepakat membina titi buluh bagi memudahkan menyeberang ke kampung sebelah. Walaupun bahaya, namun buat masa ini itulah pilihan terbaik,” ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, lebih 500 penduduk dari sembilan buah kampung di sini terjejas selepas Jambatan Rong Chenak yang menjadi ‘nadi’ perhubungan sejak 36 tahun lalu itu runtuh selepas dihanyutkan arus deras banjir 29 November lalu.

Merumitkan lagi keadaan penduduk termasuk pelajar sekolah terpaksa menggunakan laluan alternatif melalui Bukit Panau, Tanah Merah ke seberang yang mengambil masa sehingga satu jam.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN