Ramadan bukan pesta bazir makanan, plastik

Elak pembaziran makanan, plastik di bulan Ramadan

Mohideen Abdul Kader
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Masyarakat tidak melakukan pembaziran makanan serta mengurangkan penggunaan sisa plastik sepanjang bulan Ramadan ini.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, kajian Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) menunjukkan pembaziran sehingga 75,000 tan makanan berlaku sepanjang Ramadan iaitu antara 15 hingga 20 peratus lebih banyak berbanding bulan lain.

Katanya, pembaziran ini bukan sahaja berdosa, tetapi juga menghabiskan sumber dan menyumbang kepada kemerosotan alam sekitar malah memburukkan lagi perubahan iklim melalui pelepasan gas rumah hijau daripada makanan yang mereput.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Oleh itu, kita amat berharap orang ramai untuk membuat pilihan dengan bijak dengan membeli makanan dalam kuantiti yang diperlukan dan menyimpan lebihan makanan dengan betul.

“Selain itu, sertai atau sokong program yang mengumpul lebihan makanan dari bazar Ramadan dan agihkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kata beliau, pengurangan penggunaan beg plastik boleh dilaksanakan dengan membawa bekas makanan dan minuman sendiri semasa membeli di bazar Ramadan.

Katanya, penjual turut digalakkan menawarkan diskaun bagi pelanggan yang membawa bekas sendiri untuk mengurangkan sisa plastik sekali guna.

“Menurut rekod syarikat pengurusan sisa pepejal, Alam Flora Sdn. Bhd., sebanyak 54,000 tan metrik dikumpulkan hanya dalam tempoh 20 hari di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang di bulan Ramadan malah 4,000 tan metrik lebih banyak daripada tahun sebelumnya. 

“Justeru, marilah kita meneruskan nilai kesyukuran, disiplin diri dan keprihatinan bukan sahaja terhadap orang lain tetapi juga terhadap alam sekitar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini