Pesawah cadang beri insentif RM300

Pesawah cadang beri insentif benih padi RM300

ABDUL RASHID YOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan dicadang supaya memberikan insentif harga padi sebanyak RM300 kepada pesawah serta menurunkan harga kawalan benih padi kepada RM35 sebagai tambahan kepada harga lantai padi RM1,500.

Presiden Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah), Abdul Rashid Yob berkata, ia mengambil kira peningkatan kos sara hidup, kos diesel, harga benih yang meningkat dan pelbagai cabaran lain dihadapi oleh pesawah dalam usaha memastikan kelangsungan pengeluaran padi negara.

“Kami mencadangkan insentif harga padi sebanyak RM300 diberikan kepada pesawah, sebagai tambahan kepada harga lantai padi RM1500 yang diumumkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada masa sama, kerajaan juga perlu menurunkan harga kawalan benih padi sah daripada RM58 ketika ini kepada RM35 iaitu harga asal benih padi sebelum ini memandangkan harga belian padi telah mengalami penurunan berbanding ketika harga benih dinaikkan pada Mac tahun lalu. 

“Ini kerana, alasan harga benih dinaikan pada waktu tersebut adalah kerana harga belian semasa padi (bukan harga lantai) yang ditawarkan kilang adalah RM1,700,” katanya dalam kenyataan semalam.

Kerajaan bersetuju menyelaraskan harga lantai belian padi daripada RM1,300 kepada RM1,500 bagi setiap tan metrik yang bermula Ahad ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ia mengambil kira kenaikan kos upah dan kos input pertanian termasuk baja dan racun serta impak kepada kos pengeluaran beras dan seterusnya memberi kesan kepada harga beras di pasaran.

Mengulas lanjut, Abdul Rashid berkata, subsidi bernilai berbilion ringgit yang diumumkan hanya 20 peratus sahaja yang masuk ke poket petani iaitu dalam bentuk insentif harga padi.

“Subsidi-subsidi lain yang disebut oleh menteri dalam sesi parlimen sebentar tadi dapat kepada pihak vendor yang membekalkan benih, input pertanian dan servis jentera.

“Asas kepada isu subsidi ini sebenarnya adalah harga beras yang sudah 17 tahun tidak dinilai semula dan kerana itulah subsidi bertambah setiap tahun untuk menyerap harga kawalan beras tersebut,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini